Monday, November 22, 2010

Belia dan Sukan Cameron Highlands






              



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi laman web rasmi Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands. Diharap dengan adanya laman web ini, para pengunjung dapat memperoleh serba sedikit maklumat berkaitan pejabat Belia Cameron Highlands. 
Mengikut dalam peta Malaysia perjalanan dari Bandar Ipoh ke Cameron Highlands mengambil masa selama 1jam setengah yang boleh melalui jalan Simpang Pulai dan Tapah.
Di Cameron mempunyai pejabat Belia dan Sukan yang terletak di Tanah Rata.
Pejabat Belia dan Sukan sering menganjurkan pelbagai aktiviti kepada semua golongan umur yang terdiri daripada 15 hingga 40 tahun.




JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG

PIAGAM

PELANGGAN


Kami warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan seperti berikut :



    1. Memberi keputusan permohonan pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia dalam tempoh dua (2) bulan.

    2. Memberi keputusan permohonan bantuan pertubuhan belia dan pertubuhan sukan dalam tempoh satu (1) bulan.

    3. Memastikan bil dan tuntutan dibayar tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh penerimaan.

    4. Memberi latihan kepimpinan organisasi belia dan organisasi sukan, latihan keusahawanan, pembangunan sikap serta kerohanian kepada belia-belia.

    5. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat dalam bidang pembangunan aktiviti belia dan aktiviti sukan selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara dan Dasar Pembangunan Sukan.

    6. Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada penggunan Kompleks Belia & Sukan dan Kompleks Rakan Muda. 
 
                                                       VISI

Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohaniah, akidah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama serta melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas dan pembangunan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke peringkat antarabangsa.

                                                                     MISI

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi :-

  • Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat;
  • Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara.

                                                                OBJEKTIF

                     1.  Membina masyarakat belia yang berakhlak dan berdisiplin,
     melahirkan pemimpin belia dan usahawan belia serta 
     mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran.

2.  Membina remaja prihatin, mahir serta dinamik dan
      bertanggungjawab.

3.  Meningkatkan penyertaan dalam sukan massa, sukan lasak dan
      sukan tradisional ke arah melahirkan masyarakat berbudaya
      sukan.




                                 FUNGSI PEJABAT BELIA DAN SUKAN



 UNIT SUKAN
- Bahagian ini secara umumnya bertanggungjawab menjalankan aktiviti berkonsepkan Sukan Massa yang antara lain bertujuan meningkatkan penyertaan ramai agar masyarakat Malaysia sihat, cergas dan bersatu.

UNIT RAKAN MUDA
- Melahirkan generasi muda yang aktif, bertanggungjawab, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri.
- Mencernakan generasi muda yang bersatu, mempunyai nilai kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan, dan persaudaraan umat sejagat yang tinggi.

UNIT EKONOMI BELIA
- Melahirkan dan menggalakan penyertaan belia dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai persiapan ke arah mewujudkan ramai usahawan dalam jangka panjang.
- Menggalakan dan mewujudkan usahawan terutama dalam bidang pertanian, penternakan serta konsep bersepadu dan mewujudkan pasaran barangan.

UNIT SOSIAL
  - Cawangan ini berperanan melahirkan masyarakat belia yang berorganisasi, mempunyai sifat-sifat mulia dan kepimpinan yang matang serta mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara Kerajaan, Swasta dan Badan – badan belia hingga ke peringkat Antarabangsa.














No comments:

Post a Comment